#SOULofJOHOR – MB JOHOR PUJI INFRASTRUKTIR SUKMA XX JOHOR BERKELAS DUNIA

ISKANDAR PUTERI 12 JULAI 2020 – Persiapan yang dilakukan oleh pihak penganjur SUKMA XX JOHOR 2020, menghampiri tiga tahun dengan segala kemudahan dan infrastruktur bagi temasya sukan dwi-tahunan berkelas dunia hampir siap dan bersedia untuk menerima para ahlet di Johor Darul Ta’zim tahun hadapan.

Tarikh penganjuran temasya SUKMA XX JOHOR 2020 pada 6 – 14 MAC 2021.

Selepas menjadi tuan rumah Sukan Malaysia pada tahun 1992, di tahun 2020 Johor telah membina sembilan (9) tempat baharu meliputi Stadium Olahraga & Ragbi Mount Austin, Arena Emas, Taman Impian Emas bagi acara Petangue, Boling Padang, Skuasy dan memanah serta mercu tanda baharu di negeri Johor iaitu Velodrom Johor di Iskandar Puteri.

“Pujian harus diberikan kepada semua pihak khususnya agensi kerajaan dan swasta yang bertungkus lumus memastikan semua kemudahan ini dapat disiapkan menikut jadual,” kata YAB Datuk Ir. Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor.

“Hasil tinjauan saya pada hari ini, saya amat berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf semua gelanggang dan fasiliti. Tiada projek yang terlambat malah ada beberapa tempat sudah boleh diuji oleh para atlet Johor sedikit masa lagi.”

Kerajaan Negeri Johor membelanjakan RM325.9 juta manakala Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM142 juta bagi menyiapkan fasiliti berkelas dunia serta menaik taraf kemudahan sedia ada.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan kerana telah memperuntukkan kewangan bagi membantu Johor membina venue baharu serta menaik taraf infrastruktur sedia ada sebagai persediaan kita menganjurkan SUKMA edisi ke-20 ini dengan penuh jayanya,” tambah Hasni.

Datuk Ir. Hasni Mohammad turut menambah, Johor kini bersedia untuk menganjurkan kejohanan sukan berkelas dunia selaras dengan visi mahu menjadi kuasa sukan era baharu serta berharap segala kemudahan ini dapat meningkatkan motivasi kepada kontijen Johor untuk muncul juara keseluruhan di tempat sendiri.

Lawatan ini turut disertai oleh YB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor dan Dato’ Haji Mohd Noorazam Dato’ Haji Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ).

Sebagai rakyat Johor Darul Ta’zim, marilah bersama-sama Menteri Besar Johor dan Kontinjen Johor berdoa kepada Allah, Negeri Johor menjadi juara keseluruhan temasya SUKMA XX.

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: