Johor Bahru: Sindiket penyeludupan dadah yang dianggotai empat ahli keluarga tumpas dalam 5 serbuan berasingan di sekitar Muar padaJumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ahli keluarga yang terdiri daripada ibu, abang, adik dan abang ipar itu ditahan hasil maklumat awal diterima daripada Polis Marin Wilayah Dua yang menahan dua suspek di kawasan laut Tanjung Tohor, Muar. 

“Hasil maklumat risikan mendapati, sindiket berkenaan menjalankan aktiviti penyeludupan dadah ke negara jiran menerusi jalan laut sejak Disember tahun 2019.

“Polis menjalankan 5 serbuan berasingan di sekitar Muar sebelum berjaya menahan 4 suspek dan kesemuanya merupakan ahli keluarga berusia antara 20 hingga 50 tahun, katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Menurut beliau, ketika serbuan, polis turut merampas syabu 42.8 (kg) syabu, ecstasy (51,703 biji pil) dan eramin 5 (9,500 biji pil) berjumlah keseluruhan RM3.406 juta.

“Hasil pemeriksaan air kencing mendapati 3 suspek positif dadah jenis Methapethamin. Manakala 2 suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah bot dan satu enjin serta dua buah kenderaan dengan nilai anggaran RM65,000, katanya.

Dalam satu kes berasingan, Ayob Khan berkata, polis turut menahan 8 lagi suspek termasuk seoramg wanita sindiket pengedaran dadah.

“Kesemua suspek berusia 23 hingga 33 tahun ditahan menerusi 3 serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam pada Sabtu lalu,

“Pihak polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM20,341 dan menyita sebuah kenderaan dan wang tunai bernilai RM20,795, katanya

Menurut beliau, daripada 8 suspek yang ditahan 5 didapati positif dadah jenis Methapethamin hasil ujian air kencing yang dijalankan, manakala 3 suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Kesemua suspek dikenakan reman selama 7 hari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *