#SOULofJOHOR – POLIS TUMPASKAN SINDIKET CURI KOMPONEN KERETA

ISKANDAR PUTERI, 09 JUN 2020 : Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri komponen kereta dengan tertangkapnya empat orang suspek pada rabu lalu, di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek yang berusia 23 hingga 43 tahun di tangkap di lokasi berasingan di sekitar Majidee dan Kempas.

“Pihak polis turut merampas pelbagai barang rampasan seperti 2 buah kereta, 2 unit telefon bimbit, kasut safety boot, pemotong wayar, gergaji, tong gas dan pelbagai jenis alat ganti kereta.

“Semakan mendapati keempat-empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk jenayah dadah, katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Iskandar Puteri, hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula 7 Jun lalu untuk siasatan lanjut.

“Sindiket terbabit dipercayai sudah aktif sejak Mac lalu dengan melakukan kes curi komponen kereta di sekitar wilayah Iskandar.

“Dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis berjaya menyelesaikan tujuh kes curi komponen kereta di sekitar kawasan pentadbiran IPD Iskandar Puteri, katanya.

Dzulkhairi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

#SOULofJOHOR – POLIS JOHOR TUMPASKAN SINDIKET SELUDUP PATI https://www.youtube.com/watch?v=qXCkVMDEZTs

#SOULofJOHOR ~ FAM – PEMAIN PIALA PRESIDEN & BELIA BOLEH BERAKSI LIGA SUPER & PREMIER
https://www.youtube.com/watch?v=B9EI3yKEe1c

[SOUL] EMAS – PELABURAN SELAMAT KETIKA KRISIS
https://www.youtube.com/watch?v=hLFZJwl5P14

Doa: YA ALLAH, JADIKAN DIRIKU DAN KEDUA IBUBAPAKU SEBAGAI AHLI

SYURGA Sedekahkan Bacaan Al-Fatihah & Ayat Kursi kepada Tunku Jalil

YOUTUBE – https://www.youtube.com/johortimes FACEBOOK – http://www.facebook.com/johortimes.my TWITTER – https://twitter.com/JohorTimes INSTAGRAM – https://www.instagram.com/johortimes/ BERITA – http://www.johortimes.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *