KUCHING, 11 Mei – Kedegilan dua bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam membawa padah apabila Maritim Malaysia Negeri Sarawak menahan kedua-dua bot yang sedang rakus mencuri hasil laut negara pada kedudukan kira-kira 80 batu nautika utara kuching pada jam kira-kira 5 petang.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak, Komander Maritim Hamiludin Bin Che Awang berkata, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bot mendapati kesemua 29 orang tekong dan awak-awak gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati nilai rampasan dianggarkan melebihi RM 2 juta termasuk nilai dua buah bot, tiga tan hasil laut serta peralatan menangkap ikan,” jelas beliau.

Beliau juga menjelaskan, kedua-dua bot tersebut disyaki melakukan kesalahan dibawah seksyen 15(1)(a), Akta Perikanan 1985. Jika disabitkan kesalahan, tekong boleh didenda RM 1 juta atau penjara sehingga dua tahun, manakala anak kapal boleh didenda RM 100 ribu setiap seorang atau penjara sehingga dua tahun dan hak ke atas bot akan dilucutkan,” katanya.

Kedua-dua bot dan kesemua kru ditahan serta diiringi ke jeti Kompleks Maritim Negeri Sarawak bagi siasatan lanjut.


Berhenti MEROKOK, anda membahayakan diri sendiri dan diri orang sekeliling anda. Jangan bahayakan kesihatan diri dan ahli keluarga anda.

Sentiasa Maafkan Semua Orang Dalam Hidup Kita. Untuk Kita Hidup Aman Damai Sebelum Mati.



Kepada peniaga yang ingin MENGIKLANKAN PRODUK / JENAMA / SYARIKAT melalui video di panggung wayang di Malaysia, hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN DI TELEFON BIMBIT ANDA

Kepada pengguna telefon bimbit yang ingin membayar bil telefon bimbit atau menambah kredit panggilan telefon bimbit prabayar,

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH.

JOHORTIMES MENYEDIAKAN PELUANG WHATSAPP ADMIN SEPANJANG ANDA MELAYARI JOHORTIMES.MY

PELUANG UNTUK MENGHANTAR #ADUANRAKYAT JUGA BOLEH MENGGUNAKAN KAEDAH WHATSAPP YANG SAMA. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA AYAT-AYAT INI DAN MELAYARI PEMBERITAAN YANG DISEDIAKAN.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

#Dadah #Rasuah #Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 14 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.