KUCHING, 15 April (Bernama) — Satu upacara khas bagi memperingati wira perang Kor Tentera Australia dan New Zealand (Anzac) yang gugur dalam Perang Dunia Kedua diadakan di Makam Pahlawan di Jalan Taman Budaya di sini hari ini sempena lawatan veteran Anzac dan Program Pertukaran Pelajar.

Pada upacara itu, Presiden Borneo Exhibition Group, Western Australia, Ryan Rowland meletakkan kalungan bunga di makam wira tentera Australia, manakala Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia, Sarawak ASP (B) Benjamin Gerisik Jais dan bagi pihak tentera Malaysia diwakili Lt Jen (B) Datuk Stephen Mundaw, masing-masing meletakkan kalungan bunga di makam polis dan tentera Malaysia.

Lee dalam ucapannya berkata upacara itu adalah penting untuk memperingati semua wira rakyat Malaysia dan Australia yang telah menyumbangkan tenaga dan mengorbankan nyawa mereka demi keamanan dan perpaduan di negara ini.



Kepada pengguna telefon bimbit yang ingin membayar bil telefon bimbit atau menambah kredit panggilan telefon bimbit prabayar,

MSG / WHATSAPP 016-2624999 untuk makluman lanjut. Terima kasih.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 5 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.