KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Insiden kematian enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di bekas lombong Taman Putra Perdana pada Oktober lepas, tidak mempunyai unsur kecuaian atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang disengajakan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Katanya jawatankuasa siasatan berhubung insiden itu juga merumuskan tragedi tersebut sebagai kejadian malang yang tidak dijangka.

“Semua garis panduan telah mereka ikut seperti yang mereka pelajari dan dilatih sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas program gotong-royong membasmi nyamuk aedes di Taman Ampang Mewah, Ampang, dekat sini hari ini.



Kepada pengguna telefon bimbit yang ingin membayar bil telefon bimbit atau menambah kredit panggilan telefon bimbit prabayar,

MSG / WHATSAPP 016-2624999 untuk makluman lanjut. Terima kasih.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.