BABULHAWA (Syria), 14 April (Bernama) — Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merayu rakyat Malaysia agar terus membantu pihaknya menampung sasaran kos RM3juta supaya penyaluran bantuan keperluan asas dan terdesak kepada pelarian Syria yang masih lagi terkandas di negara bergolak itu, tidak terhenti.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, walaupun Misi Bantuan Kemanusiaan Rescue Syria kali ke-12 berjaya menghantar bantuan bernilai RM5 juta setakat ini, namun jumlah itu masih lagi belum mencukupi untuk menampung kos keseluruhan RM8 juta yang disasarkan pihaknya bagi menjayakan misi penuh getir itu.

“Daripada jumlah kutipan RM5 juta rakyat Malaysia itu, RM2 juta daripadanya telah diperuntukkan bagi sumbangan keperluan asas seperti baju tebal, alat pemanas, ubatan, selimut, Tepung Gandum, Roti, kotak makanan dan khemah-khemah untuk pelarian Syria di beberapa kem pelarian di sana, dan RM3 juta lagi telah diperuntukkan bagi fasa pertama pembinaan 100 rumah tetap di Perkampungan Wakaf Mapim Malaysia di wilayah A’zaz, Syria.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 9 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.