SANDAKAN, 12 April (Bernama) — Keluarga mangsa culik kumpulan pengganas Abu Sayyaf, Jari Abdullah, 34, reda dengan pemergian arwah yang meninggal dunia akibat terkena tembakan kumpulan pengganas itu di pulau Simusa, Selatan Filipina pada 4 April lepas.

“Kami memang sedih, tetapi apa boleh buat. Itulah ajalnya. Kami menerima dengan reda (pemergiannya),” kata ibu mangsa Zuana Laudiato, 54, ketika ditemui pemberita selepas jenazah tiba di sini hari ini.

Zuana, yang diiringi wakil Kementerian Luar ke Filipina sejak 5 April lepas, memberitahu setibanya di pusat perubatan swasta di Zamboanga, Filipina di mana anaknya sedang bertarung nyawa dengan alat bantuan pernafasan, beliau membuat keputusan agar anaknya tidak lagi bergantung dengan alat bantuan itu.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 11 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.