JOHOR BAHRU, 12 April (Bernama) — Dua warga tempatan disahkan cedera dalam insiden kebakaran di satu daripada lot tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah yang mengesahkan perkara itu berkata kejadian berlaku kira-kira 1.20 pagi tadi.

Katanya, Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) dengan lima kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Petronas RAPID Pengerang dengan kekuatan 30 kakitangan telah diaktifkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan mengenai insiden itu.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 15 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.