KUALA LUMPUR, 10 April — Pemain perbankan dan kewangan Islam perlu giat melabur dalam teknologi bagi mengubah cara mereka menjalankan perkhidmatan perbankan serta menyebarkan produk mereka dengan lebih cekap dan berkesan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggunaan teknologi pintar dalam industri kewangan atau dikenali sebagai teknologi kewangan (fintech), telah membawa kesan positif kepada industri tersebut serta industri lain seperti dalam pembayaran mudah alih, pindahan wang, pinjaman, pengumpulan dana dan pengurusan aset.

“Teknologi terkini yang diterima pakai oleh fintech memanfaatkan Internet, peranti mudah alih, integrasi media sosial, analisis data raya dan kecerdasan buatan (AI) yang menjadikan urus niaga kewangan lebih berautomasi, mesra pengguna dan selesa, justeru memudahkan lagi pelanggan.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 5 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.