GEORGE TOWN, 11 April — Padang Kota Lama merupakan satu daripada tempat pelancongan yang dikunjungi oleh pelancong di Pulau Mutiara di mana kawasan berkenaan terletak di tepi laut dan mempunyai bangunan-bangunan kolonial British.

Tetapi di kawasan tersebut juga terdapat burung-burung yang jinak dan bermesra dengan para pelancong yang mengunjungi tempat berkenaan.

Para pengunjung yang membawa bijirin jagung akan terhibur apabila burung-burung merpati akan hinggap di tangan untuk mendapatkan makanan.



Burung-burung berkenaan juga akan hinggap di bahagian kepala dan bahu seolah-olah bermesra dengan para pengunjung.

Selain burung merpati, burung gagak juga seolah-olah beratur untuk mendapatkan makanan dari pengunjung.

Menurut Mohamad Ali Abdullah, beliau membelanjakan RM10 bagi membeli lima kilogram bijirin jagung setiap hari untuk memberi makanan kepada burung-burung jinak itu.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.