KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) — Usaha kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963, gagal mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat malam ini.

Ini selepas Rang Undang-Undang (RUU) itu kekurangan 10 undi untuk memperoleh sokongan majoriti ; 148 undi daripada 222 anggota Parlimen iaitu dua pertiga persetujuan anggota Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika membaca keputusan itu berkata:



“RUU ini tidak boleh diteruskan untuk bacaan kali kedua selepas tidak berjaya mendapat sokongan majoriti dua pertiga anggota (Dewan),” katanya.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.