SHAH ALAM, 8 April (Bernama) — Polis Selangor menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan menahan lima individu serta merampas 5.07 kilogram dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM355,250 dalam satu serbuan di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Bangi dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata ketika serbuan pada pukul 2 petang Khamis lepas, kesemua suspek didapati sedang melakukan transaksi dadah berkenaan di dalam sebuah kereta yang mana seorang daripada tangkapan tersebut merupakan pembeli bahan terlarang terbabit.

Beliau berkata modus operandi sindiket tersebut adalah dengan menjadikan tempat awam seperti bangunan kedai sebagai lokasi untuk melakukan proses jual beli bersama pelanggan mereka.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 8 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.