KUANTAN, 8 April (Bernama) — Dua lelaki maut, manakala seorang cedera apabila lori penunda membawa sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza melanggar belakang sebuah lori yang rosak di Kilometer 222.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dekat sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt Kamarulzaman Jusoh berkata dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, pemandu trak penunda, Muhammad Asrul Yatim, 22, bersama kelendannya Lum Wai Kit, 22, masing-masing berasal dari Selangor maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati trak tunda dipandu Muhammad Asrul dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan, melanggar belakang lori jenis Mitsubishi Fuso yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 15 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.