ARAU 8 April – Salah seorang daripada 41 pelarian Rohingya, yang ditahan di pesisiran pantai berdekatan Kampung Belati, Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di sini, hari ini mendedahkan mereka dikenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM4,000 bagi setiap seorang oleh ejen atau sindiket yang menunggu di negara ini.

Abu Husin Nor Husin, 20, berkata, ejen tersebut akan membantu mereka mencari kerja khususnya dalam sektor pembersihan di Alor Setar, Kedah.

Walau bagaimanapun katanya, nasib tidak menyebelahi mereka apabila cubaan memasuki negeri ini dikesan oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 8 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.