TASEK GELUGOR, 7 April (Bernama) — “Empat puluh tahun kami dok hadap benda ni”. Itu rintihan penduduk Kampung Air Melintas Kecil, di sini yang terjejas akibat pembuangan sisa kumbahan khinzir ke saliran sungai dari ladang ternakan khinzir di Kampung Selamat berdekatan kampung itu.

Wakil penduduk, Yusof Othman, 65, berkata isu tersebut bukan sahaja membelenggu penduduk di kampungnya malah kampung lain turut terjejas.

“Boleh dikatakan punca sisa najis khinzir ini bermula dari Kampung Selamat iaitu tempat ladang ternakan khinzir menuju ke Sungai Kreh di kampung ini sehinggalah ke Kampung Air Hitam (Sungai Dua, Butterworth) kira-kira 12 kilometer dari kampung kami,” katanya kepada pemberita di lokasi pembuangan najis khinzir itu, di sini hari ini.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 10 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.