MADINAH, 7 April (Bernama) — Madinah Al-Munawwarah merupakan kota perjuangan Rasullah SAW dan para sahabat dalam penyebaran syiar Islam

Terdapat banyak simbol penting yang membantu tertegaknya dakwah Islam di bumi barakah itu seperti Masjid Nabawi, Masjid Quba’, Jabal Uhud dan makam syuhada’ Uhud

Masjid Quba’ merupakan masjid pertama dibangunkan Rasullah SAW pada 8 Rabiulawal 1 Hijrah, bersamaan 622 masihi sebelum pembukaan kota Islam pertama Madinah



Masjid yang tarletak kira-kira lima kilometer daripada Masjid Nabawi dibina berasaskan kepada taqwa dan iman yang mantap

Baginda SAW sering menziarahi masjid berkenaan pada Sabtu sama ada dengan menaiki kenderaan atau berjalan kaki

Kelebihan masjid tersebut, banyak disebutkan di dalam Al-Quran dam hadis nabi SAW

Antaranya, “….Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama lebih patut untukmu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan sesungguhnya Allah menyukai orang-yang yang bersih” – (Surah At Taubah:108)

Menurut hadis yang diriwayatkan Tirmizi,

“Sesiapa yang mengambil wudu di rumah dan menunaikan solat sunat dua rakaat di Masjid Quba, mereka akan menerima ganjaran sebagaimana mengerjakan umrah.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 3 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.