KUCHING, 7 April (Bernama) — Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen menggesa anggota Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar menyokong Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang dijadualkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, Selasa ini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata selaku wakil kerajaan pembangkang yang mentadbir negeri ini, anggota Parlimen GPS harus memikirkan kedudukan negeri dan menerima rang undang-undang itu sebagai manifestasi semangat muhibah kerajaan PH.

“Amat penting bagi GPS menyokong RUU ini dan mengetepikan ego demi kebaikan Sarawak. Tidak ada sebab untuk menolak RUU ini memandangkan Sarawak tidak rugi apa-apa bahkan menerima faedah daripada perubahan status dalam perlembagaan untuk memperoleh semula haknya,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 9 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.