KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan majlis pelepasan peringkat pertama perlumbaan basikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 di hadapan KLCC di sini.

Tepat 12 tengah hari, beliau melepaskan 132 peserta daripada 22 pasukan yang akan berkayuh membabitkan laluan dari Kuala Lumpur ke Tampin, Negeri Sembilan sejauh 176.9km.

Sebelum itu, ketibaan beliau diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.



Bagi perlumbaan pembukaan ini, kelebihan dilihat memihak kepada pakar pendakian apabila melalui empat zon pendakian sepanjang perlumbaan dengan tiga pendakian Kategori 3 iaitu Ampang Look Out Point, Bukit Tangga dan Bukit Putus serta satu Kategori 2 di Genting Peres.

Pelumba juga akan melalui tiga zon pecutan di kilometer (KM) 25.4 Pekan Batu 18, KM110.6 Ampangan dan KM138 Kuala Pilah.

Pelumba dijangka tiba di garisan penamat di Jalan Besar Tampin sekitar pukul 4 petang.

LTdL 2019 menawarkan 4 kategori jersi yang bakal menjadi rebutan iaitu juara Keseluruhan (jersi kuning), Raja Bukit (jersi merah), Raja Pecut (jersi hijau) dan Juara Asia (jersi putih), selain Pasukan Terbaik Keseluruhan dan Pasukan Terbaik Asia sepanjang jelajah lapan peringkat meliputi jarak keseluruhan 1,225.8km.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 5 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.