DANAU TOBA (Sumatera Utara), 7 April (Bernama) — The Kaldera, bakal menjadi tarikan baharu pelancong nomad atau “nomadic tourism” di Danau Toba, Sumatera Utara.

Berkeluasan 279 hektar, dan terletak di ketinggian 1,397 meter dari paras laut, menawarkan pemandangan indah Danau Toba, serta membolehkan pengunjung menerokai alam semulajadi dan kehidupan penduduk etnik Batak itu.

Menteri Pelancongan Indonesia, Arief Yahya ketika merasmikan “The Kaldera” baru-baru ini berkata sasaran pelancong luar adalah dari Malaysia, Singapura dan Eropah.



Berdasarkan data Badan Pusat Statistik Sumatera Utara, sejak 2016 hingga kini pelancong Malaysia adalah paling ramai berkunjung ke Danau Toba dengan melebihi 200,000 orang setahun.

Direktur Badan Pengurusan Danau Toba, Arie Prasetyo berkata mereka mensasarkan sejuta pelancong berkunjung ke Danau Toba untuk tahun 2019, dengan sasaran utamanya adalah pelancong dari Malaysia.

Di Kaldera, pengunjung disediakan khemah-khemah penginapan, kabin, caravan park, dan kemudahan asas lain.

Menerusi konsep “nomadic tourism” itu, pengunjung diajak menerokai keindahan Danau Toba, kehidupan penduduk, serta menikmati keindahan alam dan flora di tasik yang terbentuk akibat letupan dahsyat Gunung Toba kira-kira 74,000 tahun lepas.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 8 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.