SEREMBAN, 7 April (Bernama) — Kerajaan memberi komitmen akan meneruskan projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Rantau yang sebelum ini berdepan dengan isu kelewatan pembinaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk tujuan itu, kementerian akan memantau secara rapi kemajuan pembinaan yang dicapai projek berkenaan selain masih mengekalkan kontraktor yang sama iaitu Bina Terbit Sdn Bhd.

“Insha-Allah projek ini (dijangka) akan siap pada Mei 2020, maknanya projek ini ada kelewatan selama 16 bulan.



“Pada hemat saya lewat satu setengah tahun bukan satu perkara besar kalau lagi kritikal projek sampai 10 hingga 20 tahun (kelewatan). Ini masih lagi dapat dikawal dan saya sendiri akan pastikan bahawa kerja ini akan diteruskan dan akan dimulakan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 5 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.