LEMBAH BEQAA (Lubnan), 6 April (Bernama) — Sumbangan rakyat Malaysia untuk tabung Misi Kemanusiaan Syria ke-10, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membolehkan 150 ekor kambing dibeli buat pelarian Syria sekitar Lubnan.

Setiausaha Agung Mapim, Mejar Zulhanis Zainol berkata rezeki yang dikongsi bersama rakyat Malaysia itu dapat memanfaatkan hampir 3,000 pelarian Syria di kem-kem pelarian, di sini.

“Mapim merasa kagum dengan tindakan proaktif rakyat Malaysia kerana dalam masa hanya seminggu kita berjaya mengumpul wang yang mencukupi untuk membeli 150 ekor kambing untuk disembelih dan diagihkan kepada hampir 3,000 pelarian Syria di kem-kem pelarian sekitar Lubnan,” katanya kepada Bernama selepas selesai program Mapim Global Qurban & Akikah di kem pelarian Beyrouti, pada Jumaat.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 17 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.