KLUANG, 7 April (Bernama) — Klon hibrid bagi buah belimbing yang pertama di Malaysia, yang dikenali sebagai Bintang Mas dilancarkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), hari ini, yang bertujuan memastikan belimbing negara mampu kembali berdaya saing dalam pasaran termasuk di peringkat antarabangsa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihak Mardi sebelum ini sudah melaksanakan aktiviti pengumpulan dan pembangunan baka baharu belimbing mulai 1986 sehingga 1990.

Beliau berkata bermula 1991, aktiviti penambahbaikan kualiti kemudian dijalankan di Mardi Kluang bagi varieti belimbing sedia ada.



“Dalam masa sama, pihak Mardi telah berjaya menyediakan koleksi jana plasma yang telah mengumpulkan 102 aksesi belimbing dari dalam dan juga luar negara.

“Belimbing hibrid ini mempunyai kualiti makanan yang terbaik dari segi kemanisan, kerangupan, tiada rasa kelat dan warna kuning keemasan dan belimbing ini sesuai dituai pada indeks kematangan penuh untuk makanan segar dengan jangka masa kematangan jauh lebih singkat iaitu 68 hingga 73 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan klon baharu belimbing Mardi di Mardi Kluang, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.