IPOH, 5 April (Bernama) — Ramai yang berkata sekiranya ada minat, barulah boleh berjaya menghasilkan atau mengusahakan sesuatu. Namun, pandangan itu berjaya ditepis oleh seorang petani muda yang mempunyai segulung ijazah.

Bagi Azarul Ahmad Puat, 30, minat sebenarnya boleh datang dengan sendiri bila telah melibatkan diri dalam sesuatu bidang walaupun ia mungkin lari daripada apa yang didambakan atau dipelajari selama di menara gading.

Berpegang kepada itu, Azarul yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor kini melakar nama sebagai antara petani berjaya di Perak yang mengusahakan pelbagai tanaman sayuran serta buah-buahan termasuk rock melon dan nanas.



“Apa juga yang dilakukan kena usaha dan yakin, jangan bagi alasan tidak minat. Kadangkala bila kita dah buat tengok hasilnya, minat itu boleh datang sendiri,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kebun buah-buahan miliknya di Lenggong.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 9 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.