LABUAN, 2 April (Bernama) — Bergelar seorang jurutera sememangnya menjadi impian pelajar jurusan kejuruteraan sebaik tamat pengajian, bagaimanapun, keputusan Melvin Teo untuk meneruskan perusahaan perikanan bapanya tidak sedikitnya menimbulkan kekesalan, sebaliknya siswazah muda ini agak selesa dengan meraih pendapatan lebih RM16,000 sebulan.

Pada mulanya, Teo, 27, lulusan kejuruteraan awam Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2018 diharapkan keluarga akan menjadi jurutera sebaik tamat pengajian.

Namun beliau memilih kerjaya yang jarang diceburi siswazah muda lain, walaupun baju di badan sentiasa basah dan berbau hanyir, apabila mengusahakan penternakan ikan keli Afrika serta ikan bilis di bawah syarikat TLG Maju Enteprise.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 6 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.