GEORGETOWN, 28 Mac – Operasi Carilamat (SAR) yang memasuki hari kedua bagi mencari seorang mangsa yang disyaki lemas berdekatan Jambatan Kedua Pulau Pinang berhampiran susur keluar ke Batu Kawan telah berjaya ditemui pada pukul 3.28 petang lalu.

Menurut Pengarah Maritim Negeri, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang telah menerima panggilan kecemasan mengenai seorang orang awam dipercayai lemas lebih kurang pukul 3.30 petang kelmarin.

Mangsa, Hardyansyah, lelaki berusia 25 tahun yang berasal dari Acheh, Indonesia didapati lemas selepas mandi bersama rakan-rakan lain pada 2.30 petang kelmarin. Menurut salah seorang rakan mangsa, mereka memasang pukat berdekatan muara Sungai Kluang sebelum mandi manda. Tanpa disedari mangsa didapati hanyut ke arah Jambatan Kedua Pulau Pinang dan lemas. Mangsa tidak sempat diselamatkan oleh rakan-rakan lain kerana arus deras dan mangsa sudah pun hanyut ke tengah laut.



“Lebih kurang pukul 3.28 petang, mayat mangsa berjaya ditemui hasil daripada operasi carilamat yang disertai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Malaysia.

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bayan Baru dan dirujuk ke Hospital Balik Pulau bagi bedah siasat,” katanya.

Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.