KOTA TINGGI, 3 April 2019 – Seramai 46 orang warga Indonesia ditahan kerana disyaki cuba keluar dari Malaysia melalui kawasan yang tidak diwartakan dalam operasi bersepadu pada 1 dan 2 April bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dan PDRM.

Kepten Maritim Mohd Zulfadli Bin Nayan, Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili berkata, “bertindak atas maklumat awam, satu operasi bersama telah diadakan secara gabungan Zon Maritim Tg. Sedili dan JIM Johor. Serbuan telah dilakukan pada lebih kurang jam 8.40 malam ketika kesemua suspek cuba menaiki bot di perairan Desaru. Seramai 22 migran terdiri daripada 14 lelaki dan 8 wanita disyaki warga Indonesia telah berjaya ditahan dalam belukar dan pantai berhampiran Komplek Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru.

Dalam serbuan lain pada pagi 2 April kerjasama bersama PDRM Balai Bandar Penawar, seramai 24 lagi migran disyaki warga Indonesia berjaya ditahan di lokasi yang sama lebih kurang jam 10.00 pagi dipercayai saki baki migran. Jumlah keseluruhan yang telah ditahan adalah seramai 46 orang iaitu 38 lelaki dan 8 wanita.



Kesemua akan dikendalikan selanjutnya oleh Maritim Malaysia dan JIM Johor untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 serta Akta Pemerdagagan Manusia dan Penyelupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu cuba keluar atau masuk Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan serta menjalankan penyeludupan migran, Jika didapati bersalah suspek boleh didenda tidak melebihi RM 250,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
Sumber : APMM







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 33 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.