BUTTERWORTH, 3 April (Bernama) — Para petugas Bahagian Visa, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menyajikan satu kelainan hari ini dengan menjalankan senaman ringkas bersama-sama pelanggan mereka yang menunggu giliran berurusan di kaunter bahagian berkenaan.

Senaman ringkas selama 10 minit ini bertujuan membolehkan para pelanggan mencergaskan diri selain mengurangkan perasaan tekanan menguruskan perkara-perkara yang memakan masa agak lama seperti visa dan pasport, kata Pengarah JIM Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud.

“Ini juga satu pendekatan menampilkan sisi mesra kami kepada orang awam yang selama ini mungkin hanya melihat sisi ‘garang’ kami sahaja ekoran operasi-operasi penguatkuasaan yang kami jalankan,” katanya kepada Bernama.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 5 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.