GEORGE TOWN, 2 April (Bernama) — Polis Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah di sebuah rumah kedai di Simpang Ampat, Nibong Tebal dekat sini selepas menahan dua orang lelaki termasuk seorang warga emas secara berasingan, Khamis lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T. Narenasagaran berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang di jalankan sejak dua minggu lepas, polis melancarkan operasi bermula pukul 1.20 petang dan menahan lelaki pertama berusia 60 tahun di tepi jalan di Simpang Ampat.

“Susulan penahanan lelaki tempatan itu, polis menyerbu rumah kedai berkenaan dan menahan seorang lagi lelaki iaitu warga Myanmar berusia 40 tahun di situ sebelum berjaya membongkar makmal memproses dadah yang dijalankan sejak enam bulan lepas di premis berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 2 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.