LAHAD DATU, 1 April – Maritim Malaysia, Zon Maritim Lahad Datu berjaya menahan tiga bot disyaki melanggar syarat lesen perikanan iaitu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Leftenan Maritim Muhammad Zarif bin Mat Yunus, Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Lahad Datu berkata, dalam kejadian jam 10.22 pagi semalam, bot peronda Maritim Malaysia mengesan dan menahan tiga bot semasa leka menangkap ikan di kedudukan lebih kurang 0.6 batu nautika utara Pulau Kerok, Kunak. Turut ditahan 5 orang kru bot warganegara Filipina termasuk 3 tekong warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan 21 tahun hingga 53 tahun.

Semasa pemeriksaan, tekong bot telah mengemukakan lesen bot dan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah beserta dokumen awak-awak. Bot tersebut di bawa ke Jeti Perikanan Lahad Datu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.



Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen. Jika disabitkan kesalahan pemilik bot boleh dikenakan kompaun atau denda maksima RM 1000.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 12 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.