KUCHING, 1 April (Bernama) — Bergelar anak yatim seawal usia lapan tahun bukan penghalang bagi seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jaafar Mohamed, berjaya dalam perniagaan percetakan yang mampu menjana pendapatan sehingga RM70,000 sebulan.

Jumlah pendapatan bulanan seperti itu pastinya menjadi idaman setiap graduan selepas menamatkan pengajian di universiti, tetapi untuk mencapai kejayaan akan ada pengorbanan dan liku-liku yang perlu dilalui sebelum mencapainya.

Jaafar, 28, pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni dan Reka Bentuk Uitm Shah Alam, berjaya dalam perniagaan syarikat Printing Star yang menjalankan perniagaan percetakan seperti baju, gegantung, sepanduk, baju korporat dan barangan cenderahati yang ditempah khas.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.