SEREMBAN, 31 Mac (Bernama) — Menaik taraf infrastruktur dan kemudahan Klinik Kesihatan Rantau antara yang menjadi fokus utama calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram dalam usaha membangunkan kawasan itu.

Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau itu menyifatkan perkhidmatan yang ditawarkan klinik kesihatan ketika ini tidak mampu menampung pertambahan penduduk di Rantau di samping memiliki fasiliti yang usang dan kekurangan doktor.

Katanya, beliau pernah menyuarakan permasalahan itu kepada bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, namun tiada tindakan yang diambil.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 8 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.