PORT DICKSON, 31 Mac (Bernama) — King’s CKT, restoran char kuey teow yang terkenal di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini mencipta rekod tersendiri dan sekaligus menempa nama dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dengen memasak char kuey teow terbanyak iaitu 1,000 pinggan dalam tempoh sejam.

Mereka berjaya melepasi sasaran rekod tersebut dengan hanya memasak selama 47 minit.

Kesemua char kuey teow itu diberikan kepada pengunjung restoran secara percuma.



Ia disertai 12 tukang masak restoran yang terletak berhadapan pantai Port Dickson.

Sijil rekod itu diserahkan oleh wakil MBOR Edwin Yeoh Tiong Chin kepada pemilik restoran King’s Char Kuey Teow, Aizat Zulhailie Abu Bakar.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 12 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.