SEREMBAN, 30 Mac (Bernama) — Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang bermula hari ini menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas.

Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram yang dipertaruhkan untuk mewakili PH akan dicabar Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili BN dan dua lagi calon bebas.

Calon bebas berkenaan ialah R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.



Terdahulu, pusat penamaan calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini dibuka pada pukul 9 pagi dan proses mengemukakan borang pencalonan berjalan selama satu jam.

Mohamad merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi, diikuti Malarvizhi (9.07 pagi) manakala Mohd Nor dan Streram pada pukul 9.08 pagi.

Terdahulu, Streram yang mengenakan kot hitam hadir diiringi Presiden PH yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran.

Mohamad pula diiringi beberapa pimpinan parti termasuk anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Proses penamaan calon menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 13 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.