Orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat aset-aset pertahanan dan keselamatan apabila Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) dibuka kepada pelawat awam, pada Jumaat

Bagi segmen udara yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bayaran masuk adalah RM20, manakala segmen maritim di Resort World Langkawi (RWL) percuma.

Kemasukan ke MIEC adalah percuma untuk pengunjung bawah umur 12 tahun, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.



Tinjauan mendapati ratusan pengunjung sudah beratur panjang di khemah sekretariat di MIEC untuk mendapatkan tiket masuk, selain kesesakan jalan raya teruk berlaku di Jalan Padang Matsirat menghala ke MIEC.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.