KUCHING, 28 Mac (Bernama) — Kapal pengangkut ekspedisi tentera Amerika Syarikat, USNS Fall River berlabuh di Pelabuhan Kuching hari ini bagi menyertai Latihan Kerjasama Pasifik (Eks PP19) selama kira-kira dua minggu sehingga 12 April ini.

Ketibaan kapal itu yang diketuai Kapt Brendon Zilko pada 9 pagi tadi, disambut Ketua Markas 1 Divisyen Infantri Malaysia Kol. Nadzri Che Lah, Pengarah Latihan Eks PP19 Kol. Sr Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar dan Pengarah J7(Latihan) Markas Angkatan Bersama, Kol. Zulfakar Abdul Wahid.

Menurut Pegawai Media Eks PP19, Mohd Hafiz Mohamed Sabilan berkata Eks PP19 adalah latihan siap siaga tahunan antara Angkatan Tentera Malaysia , Amerika Syarikat, Australia, Filipina, Jepun, Peru, Thailand dan United Kingdom.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 9 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.