PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) — Belon panas berwarna-warni memenuhi ruang udara Putrajaya hari ini apabila Fiesta Belon Udara Panas Antabarabangsa kembali semula di Putrajaya selepas dua tahun diadakan di luar wilayah pentadbiran itu.

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-10 berlangsung di Presint 2 di sini sehingga 31 Mac ini, membabitkan sebanyak 20 belon udara panas yang dikendalikan para juruterbang dari 14 buah negara.

Sebagai pembuka tirai, belon udara panas berwarna-warni yang mempunyai pelbagai bentuk termasuk badut, gajah, sotong dan beruang memenuhi ruang udara Putrajaya dinaiki oleh pengamal media awal pagi hari ini.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 24 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.