KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Langkah pengkemaskinian dan penambahbaikan undang-undang berkaitan penyalahgunaan media sosial akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan peruntukan undang-undang terbabit terus kekal relevan dan selaras peredaran semasa.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata kerajaan tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana pengguna media sosial yang menggugat keselamatan, kestabilan dan keharmonian negara khususnya mereka yang menghina institusi diraja, perkauman dan agama.

Beliau berkata meskipun kerajaan sentiasa komited dalam usaha menjamin kebebasan bersuara rakyat Malaysia, hak kepada kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 6 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.