KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Kerajaan kini dalam proses menstruktur semula jumlah perjawatan dalam perkhidmatan awam berdasarkan kedudukan ekonomi negara dan perkembangan teknologi semasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata ia dilakukan melalui pelbagai kaedah antaranya kajian pertindihan fungsi antara jabatan dan agensi, rasionalisasi perjawatan, pengoptimuman sumber manusia, serah urus fungsi (outsourcing), penswastaan dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan.

Beliau berkata kerajaan juga akan memastikan bakat terbaik dan pegawai berpotensi diletakkan di tempat sewajarnya, sekali gus meningkatkan kepercayaan rakyat kepada perkhidmatan awam.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 4 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.