PEKAN, 26 Mac (Bernama) — Pasangan suami isteri Kamaruddin Mohd Zin dan Nor Hasidah Asbullah ingin membuat kejutan kepada keluarga mereka di kampung dengan pulang ke kampung tanpa memberitahu sesiapa terlebih dahulu.

‘Kejutan’ yang dirancang bagaimanapun berakhir dengan tragedi apabila Nor Hasidah dan dua anak pasangan itu maut selepas tercampak keluar daripada kereta dalam kemalangan di Kilometer 55 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Badong di sini, hari ini.

Ibu kepada Nor Hasidah, Gayah Mat Aruf, 54, yang bekerja sebagai kerani Felcra berkata arwah yang menetap di Taman Air Biru di Pasir Gudang, Johor tidak pernah berbuat demikian sebelum ini, malah akan memuat naik status mahu pulang ke kampung di laman sosial Facebook.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 64 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.