JOHOR BAHRU, 25 Mac (Bernama) — Dua pengarah sebuah syarikat pemprosesan tayar terpakai yang semalam didakwa melupuskan buangan terjadual ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, sekali lagi dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, masing-masing atas 15 pertuduhan baharu.

Pertuduhan berkenaan membabitkan tujuh kesalahan bersabit pembuangan terjadual dan lapan melibatkan kesalahan pencemaran udara bersih pada awal bulan ini.

Wang Jing Chao, 34, warga Singapura dan Yap Yoke Liang, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Jailani Rahman.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 35 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.