SEPANG, 20 Mac (Bernama) — Penguasaan peniaga asing tidak akan dibenarkan berlaku di pasar tani di bawah penyeliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seperti yang terjadi di pasar-pasar borong, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata FAMA telah diarah membuat ‘pembersihan’ dengan melakukan pemeriksaan terhadap kesemua pasar tani bagi menentukan pemegang lesen tidak menyewakannya kepada orang lain.

“Kita akan periksa semua pemegang lesen. InsyaAllah dengan cara itu, pasar tani tidak lagi akan jadi seperti pasar borong yang kita boleh lihat didominasi orang asing,” katanya dalam sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang FAMA di sini hari ini.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.