KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Kerajaan menentang sekeras-kerasnya Akta Perwakilan yang akan dibentangkan Suruhanjaya Eropah untuk mengklasifikan minyak sawit sebagai ‘berisiko tinggi’, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata proses penggubalan dan maklum balas terhadap akta tersebut mempunyai kelemahan sejak permulaan dan sehubungan itu dakwaan Kesatuan Eropah (EU) bahawa ia adalah berdasarkan risiko relatif biofuel, adalah tidak jujur.

“Secara realiti, Akta Perwakilan itu merupakan instrumen perlindungan untuk menghalang sekatan terhadap minyak sawit di pasaran Eropah. Agak membimbangkan apabila minyak bijian yang kurang berdaya saing dan kurang efisien seperti biji sawi, minyak bunga matahari, kanola dan kacang soya dikelaskan sebagai ‘berisiko rendah’,”katanya.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 13 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.