KUANTAN, 20 Mac (Bernama) — Bekas Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang hari ini mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan membabitkan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Koperasi berjumlah RM5,000.

Datuk Mohamad Zawawi Mahmud, 56, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Mengikut kertas pertuduhan tertuduh pada 10 Okt 2016 dengan curangnya telah mendorong Ketua Unit Promosi dan Pengembangan SKM Pahang Fadzlurrahman Zainuddin, 27, menyerahkan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi berjumlah RM5,000.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 22 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.