JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) — Penutupan semua 111 sekolah di Pasir Gudang berikutan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim akan diteruskan sehingga cuti sekolah yang bermula 22 Mac ini, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata makluman mengenai pembukaan semula kesemua sekolah terbabit akan diumumkan kelak.

“Kita melihat berdasarkan langkah berhati-hati, sekolah akan terus ditutup sehingga cuti, jadi diharapkan semua maklum dan jika ada maklumat tambahan kita akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.