Eksekutif Pemasaran Orchard Golf & Country Resort Puan Khairul Bariah Binti Nazli membuat laporan polis selepas mendakwa difitnah beberapa pihak di laman sosial.

Beliau membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi hari ini.

Di dalam laporannya beliau mendakwa mengetahui mengenai fitnah tersebut berkenaan pada jam 3 petang semalam yang viral mengenai gambar Menteri Besar, Datuk Osman Sapian bersama seorang wanita.



“Semasa saya melayari beberapa ‘group whatsapp’ dalam telefon bimbit saya, saya terbaca satu posting oleh Rafi Awang Kechik dan Page FB UMNO Pasir Gudang yang di ‘screenshoot’ kemudian tular dalam ‘group whatsapp’ ‘posting’ tersebut memuat naik sekeping gambar YAB Menteri Besar Johor, Datuk Osman Hj Sapian bersama seorang wanita yang menyatakan bahawa Datuk Osman Sapian bermain golf di Batam, Indonesia.

“Saya menafikan isi kandungan tersebut, wanita dalam gambar adalah kakitangan YPJ Golf Berhad (Orchard Golf) adalah gambar ketika Kejohanan Golf Amal 2.0 Johor Corporation pada 26 Oktober 2018,” dakwanya seperti dalam laporan polis yang dibuat beliau.

Beliau melaporkan, gambar berkenaan dirakam atas permintaannya dan mengesyaki posting yang viral ini berniat jahat terhadap kepimpinan Menteri Besar Johor.

Dalam laporan berkenaan, beliau mengatakan laporan polis dibuat sebagai rujukan pihak polis bagi menjalankan tindakan tegas bagi mempertahankan maruah Datuk Osman sebagai Menteri Besar dan maruah diri dan keluarganya.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 1,445 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.