Perbuatan fitnah semakin menular di media-media sosial sejak akhir-akhir ini tanpa kawalan khususnya dalam kes pencemaran udara di Pasir Gudang.

Bermula dengan kes kematian, kononnya kerajaan lewat bertindak dan tidak prihatin sehinggalah terkini viral di media sosial hari ini kononnya YAB Menteri Besar, Datuk Osman Sapian bergambar bersama seorang gadis di Batam baru-baru ini.

Fitnah demi fitnah dilakukan bagi menghakis keyakinan masyarakat khususnya terhadap kepimpinan negeri.



Hasil siasatan JohorTimes, gambar yang di viralkan hari ini adalah staff Orchad Golf bernama Puan Bariah Hj Nazri, di lubang no 4, padang golf berkenaan.

Gambar yang kononnya dikatakan gadis itu, sebenarnya staff Orchad Golf yang meminta untuk bergambar bersama Datuk Osman sewaktu Menteri Besar bersama rakan2 bermain golf.

Persoalannya, adakah menjadi kesalahan bagi mana-mana pemimpin untuk mengambil gambar dengan rakyat yang berhasrat berbuat demikian?

Sehubungan dengan itu, masyarakat seharusnya bijak menapis dan menilai page-page FB dan media sosial lain yang sentiasa menabur fitnah tanpa memikirkan kesannya.

Fitnah merupakan suatu kebohongan besar yang sangat merugikan dan termasuk dalam dosa yang tak terampuni oleh Allah SWT.

Oleh itu, Islam melarang umatnya memfitnah sebab fitnah adalah haram.
Allah SWT berfirman, “…. Janganlah kamu mengira berita (bohong) itu buruk bagi kamu, bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapatkan dosa yang diperbuatnya ….” (Surah an Nuur).







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 1,470 times, 5 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.