JOHOR BAHRU, 7 Mac (Bernama) — Seorang pelajar lelaki dilaporkan pengsan manakala lima lagi muntah-muntah dipercayai terhidu gas kimia di kawasan Taman Pasir Putih, dekat Pasir Gudang, pagi ini.

Timbalan Ketua Zon 1 Penguasa Bomba Lokman Hakim Sulaiman berkata menurut laporan awal kebocoran gas dan tumpahan bahan kimia itu yang diterima pihaknya pada 5.15 pagi tadi, terdapat bau yang disyaki gas kimia di kawasan sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang.

“Hasil pemeriksaan terdapat kesan bahan kimia. Gas yang dikesan adalah jenis metana. Pengosongan kawasan telah dilakukan dalam jarak 500 meter melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 17 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.