MANILA, 5 Mac (Bernama) — Lawatan tiga hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Filipina mulai esok merupakan manifestasi kesungguhan Malaysia dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Filipina Rizany Irwan Muhamad Mazlan berkata lawatan berkenaan akan memberi ruang kepada Dr Mahathir dan rakan sejawatannya Presiden Filipina Rodrigo Duterte untuk membincangkan pelbagai perkara melibatkan kepentingan bersama kedua-dua negara.

Katanya ia termasuk hubungan dagangan, ekonomi serta pelaburan di kedua-dua buah negara terutama berikutan perkembangan positif proses damai di Mindanao, selatan Filipina berikutan ratifikasi Undang-Undang Organik Bangsamoro yang penting bukan sahaja untuk kestabilan di Filipina tetapi juga negara serantau.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 10 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.