PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) — Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengadakan pertemuan ulung dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah rangka kerja Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei.

Ketibaan Baginda di Perdana Putra di sini pada kira-kira 11.25 pagi, disambut Dr Mahathir dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Selepas pertemuan dengan Dr Mahathir, Baginda dijadual menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei mengenai pergerakan tahanan.



Selain Saifuddin, anggota Kabinet , yang turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Baginda seterusnya dijangka berangkat ke majlis santapan tengah hari yang dihoskan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bagi meraikan Baginda di Seri Perdana.

Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang semalam bagi lawatan dua hari ke Malaysia.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.